Monday, November 30, 2009

Trip to Biro Pengawalan Farmaseutical Kebangsaan

The date is 4/1/2010.........so anyone interested....pls reserve ur seats as only 39 seats are available.....first come first serve basis......

Here are some info:

Pengenalan

Dikenali sebagai Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
Dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada Oktober 1987.
Agensi regulatori untuk farmaseutikal dan kosmetik.
Sekretariat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Bertanggungjawab untuk memastikan produk farmaseutikal dan produk bahan semulajadi yang berdaftar di Malaysia adalah bermutu, selamat dan berkesan untuk digunakan.
Memastikan produk kosmetik yang dipasarkan adalah selamat dan berkualiti.

Misi
BPFK akan memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk farmaseutikal melalui pelaksanaan undang-undang oleh tenaga manusia yang berterampilan dan usahasama strategik ke arah peningkatan status kesihatan rakyat.

Visi
BPFK sebagai pusat kecemerlangan unggul dalam bidang regulatori farmaseutikal demi menjamin kesihatan dan kesejahteraan insan sejagat.

Objektif
Memastikan bahawa bahan-bahan terapeutik yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan dan bermutu, serta menentukan bahawa kosmetik yang dibenarkan di pasaran adalah selamat dan bermutu.

Fungsi

Penilaian dan pendaftaran produk
Analisis makmal
Pemeriksaan dan pelesenan premis
Surveilans
Pemonitoran kesan adverse ubat
Penyebaran maklumat
Latihan dan pendidikan

No comments:

Post a Comment